Tuesday, April 7, 2009

Warkah buat Dato' Seri Najib

Dato' Seri Najib,

Tahniah & Selamat berkhidmat untuk rakyat dan negara bertuah ini, jujurnya saya mungkin di kalangan yang muak dengan lakaran kepimpinan Pak Lah dan kemaharajalelaan Khairy Jamaluddin dalam memerah hasil negara tercinta ini.Semalam saya melihat Dato' Seri di TV3 dengan baju kemeja T tidak bertali leher , cukup selesa tidak berprotokol ,saya kira anda sedang memberi isyarat yang jelas kepada rakyat kecil seperti saya bahawa anda serius untuk
membawa gagasan anda Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Apa jua dosa yang kerajaan dulu sudah lakukan , rakyat sudah boleh berasa sedikit lega,
anda sudah diberi amanah ini untuk mencorak Malaysia selepas ini .
Saya kira rakyat sudah mendapat peluang untuk melihat Malaysia yang baru selepas ini ,
sebagai anak Tun Razak , saya kira anda mempunyai tugas yang berat
untuk meneruskan legasi kejayaan Tun Razak itu , namun saya dengan lapang dada merasakan
anda mampu menerajui Malaysia menongkah keadaan ekonomi tidak menentu ini , seterusnya
menghadapi pelbagai cabaran dalam mentadbir Malaysia .

Langkah seterusnya tentunya pembentukan pasukan yang akan membantu anda , jika boleh
pilihlah pemimpin yang tiada kontroversi , penuh integriti & kompeten , tiada perlunya melantik
seseorang yang membenarkan rakyat memberi persepsi yang buruk kepada kerajaan .

Perlantikan seharusnya berasaskan latarbelakang seseorang Menteri ke atas sesebuah kementerian ,
zaman Samy Velu ( saya tidak merasakan beliau ada sebarang kebijakan untuk posisi ini) menjaga
Kementerian Kerja Raya sudah berakhir. Sejarah melantik Menteri seperti ini seharusnya tidak wujud lagi.

Menteri yang sudah mempunyai peluang untuk berkhidmat sebelum ini , tetapi tidak memberi sebarang
kesan yang membina seharusnya dipinggirkan & diberi ruang untuk muka baru jikapun tiada ahli politik
kerajaan yang mampu menerajui kementerian (kritikal) lantik sahaja ahli masyarakat yang sememangnya
diperakui ketokohannya di dalam lapangan . Kementerian Pengajian Tinggi contohnya seharusnya meletakkan
seseorang yang sudah sampai ke kemuncak Pengajian tinggi itu sendiri seorang Professor yang pernah
menjadi NC di mana mana Universiti mungkin - contohnya.

Tun Mahathir sememangnya sudah dianggap lagenda di peringkat dunia sekalipun , melibatkan lagenda
besar ini di dalam kepimpinan anda sememangnya suatu tindakan yang terpuji , tidak angkuh dengan
kuasa yang anda ada , tahniah.

Pada pendapat saya untuk membentuk Satu Malaysia , titik pentingnya adalah perpaduan yang
mapan dikalangan rakyat untuk mencapai ini percayalah Malaysia masih belum terlambat untuk
menggunakan Bahasa Malaysia sebagai tonggak penting untuk membentuk Satu Malaysia .

Sekian , selamat maju jaya dalam memacu Malaysia ke tahap lebih tinggi .

LD

Monday, April 6, 2009

dinamisme mahasiswa : U - Wartawan

Hari ini mahasiswa hanya boleh dikatakan penting dan memberi sumbangan sebagai ejen perubahan negara selagi mereka tidak terlibat dengan tempias parti pembangkang , Malaysia sudah tidak mampu melahirkan kelompok mahasiswa yang benar benar memberi impak kepada perubahan negara , mana mungkin dengan situasi cengkaman yang begitu kuat di IPTA mahasiswa hari ini mampu mengulangi kesan seperti yang pernah dilakukan seperti isu Baling dahulu contohnya.

kerajaan baru pimpinan Datuk Seri Najib seharusnya lebih terbuka dengan mahasiswa ,apa guna meletakkan blok batu keras sebagai halangan sedangkan penghuninya itu sendiri sebenarnya dari sudut kebijakannya itu sudah boleh menilai mahu bersama tuan rumah atau jirannya , tetapi jika batu keras itu tiada mungkin 80% dari 100% dari yang mahu ke rumah jiran selesa dengan situasi tuan rumah yang tidak menekan, memberi layanan yang sempurna dan seterusnya mahu terus bersama tuan rumah.

potensi mahasiswa sebagai ejen perubahan negara seharusnya dikembangkan , aktiviti gotong royong dengan masyarakat & program anak angkat contohnya , yang bukan mahasiswa pun boleh sertai hasilnya sama sahaja .Penglibatan bakal pemimpin ini seharusnya diketengahkan di dalam membincang permasalahan isu semasa , diskusi yang melibatkan pimpinan kerajaan contohnya , idea dari kalangan ini tentu segar dan tanpa ada sebarang kepentingan :) .

Kalangan Mahasiswa ini juga seterusnya dibiarkan meluahkan pendapat mereka tanpa ada sebarang bayangan gelap tatkala mereka bersuara , sebagai seorang mahasiswa mereka juga tentunya akan memberi cetusan pendapat dengan penuh tanggungjawab .

"Intelligence plus character - that is the goal of true education " Dr. Martin Luther King, Jr.

MENGUASAI BAHASAI INGGERIS MELALUI PPSMI - U wartawan

Sememangnya Tun Dr. Mahathir banyak berjasa kepada rakyat Malaysia ,
tetapi untuk PPSMI saya tidak bersetuju dengan idea Tun,
di saat kita mahu bergerak bersama bangsa lainnya yang bangga
dengan identiti bangsa mereka, "Bahasa Jiwa Bangsa" apa kita
dengan mudah mengatakan hanya kerna kajian yang banyak di dalam
English kita dengan mudahnya menidakkan keupayaan Bahasa Malaysia?
jatidiri rakyat Malaysia pertamanya terhakis dengan pelaksanaan PPSMI ini,
kita punya berjuta duit untuk membeli kapal selam , apalah kiranya jika Malaysia
memiliki sebuah organisasi yang ditubuh khusus untuk menterjemah
semua hasil tulisan yang bersangkut paut dengan teknologi ini.

Saya dari kalangan yang belajar 100% menggunakan Bahasa Malaysia kecuali English,
tetapi akhirnya jika penguasaan ilmu itu sudah kuat , bahasa itu cuma peralihan sementara sahaja ,kerajaan juga tidak mampu menafikan kita masih menghasilkan professional yang memerlukan Sains & Matematik walaupun tanpa pelaksanaan PPSMI. Harus di ingat apakah negara yang menggunakan English adalah yang terbaik di dalam pelbagai teknologi hari ini, kita menggunakan teknologi Russia untuk menghantar anak Malaysia ke bulan, namun negara China menggunakan 100% bahasa Cina untuk menghantar warganya ke bulan, kita sudah seharusnya jangan ambil jalan mudah dalam semua hal.

Menolak PPSMI bukan memperkecilkan mereka yang tidak menguasai English ,
ianya adalah lebih kepada memberi peluang samarata kepada semua pelajar untuk
belajar , jika seseorang itu sudah sememangnya pintar boleh menguasai ilmu itu dengan baik bahasa yang mahu digunakan selepas mereka menguasai ilmu itu hanyalah proses peralihan bahasa sahaja tidak kiralah English ,Perancis ataupun bahasa Cina sekalipun , pemahaman ilmu itu lebih mudah jika Bahasa Malaysia digunakan , mengapa kita mahu memperlahankan suatu proses pembelajaran untuk mereka yang tidak menguasai English sedangkan kita memberikan jangkamasa yang sama untuk
semua pelajar untuk belajar subjek tersebut.

BERKOMUNIKASI BERSAMA PEMIMPIN - u-wartawan

Pemimpin atau yang mahu menjadi pemimpin hari ini bagaikan menggunakan letusan teknologi komunikasi hari ini antara penyebab naik turun karier politik mereka, jika dinilai secara adil ada orang muda atau kalangan yang tidak muda dari kalangan ini yang juga menggunakan Facebook, blog dan apa saja yang boleh disenaraikan , namun hanya Tun Dr Mahathir sahaja pemimpin di Malaysia yang setakat ini berjaya menggunakan teknologi ini ( di dalam kekangan terhadap beliau ) dan seterusnya idea atau suara beliau ternyata sampai kepada sasarannya. Ada pemimpin lain pula hanya berkomunikasi mengikut keadaan , semakin menghampiri Perhimpunan Agung UMNO contohnya , ledakan blog dari calon meletus dengan tiba-tiba , kita tunggu sahaja selepas pemilihan ini
berakhir mungkin blog ini semuanya juga akan senyap.

Saya tidak bersetuju jika media baru ini dikatakan mampu menyelesaikan masalah komunikasi atau birokrasi antara rakyat dengan pemimpin , ada pemimpin jika boleh disebut pemimpin ada Facebook atau blog , benar mereka mengutarakan pendapat atau idea mereka tetapi pada masa yang sama
mereka tidak bersedia dikritik , mereka tidak bersedia mendengar, mereka tidak mengalu-alukan komen yang dirasakan menjatuhkan mereka walaupun komen itu ada benarnya , hasilnya komunikasi itu masih juga sehala , komentar yang manis diterima hingga yang ke blog itu boleh membuat kesimpulan komentar yang disiarkan mungkin dari pekerja atau pemilik blog itu sendiri , blog seperti ini mudah ditemui anda boleh ke rembau.net untuk melihat situasi seperti ini , contohnya.

Apapun teknologi ini hanyalah alat yang boleh digunakan hasilnya masih bergantung kepada penggunanya itu sendiri , ada pemimpin yang tidak perlu menggunakan teknologi ini , Nik Aziz contohnya tiada Facebook atau blog beliau pemimpin yang bukan muda tetapi dek kerana peribadi diri beliau sendiri dan contoh kepimpinan yang beliau tampilkan masih mendapat rasa hormat yang begitu tinggi dari ramai golongan muda yang dikatakan mendominasi teknologi media baru ini.

Jikapun teknologi ini dikatakan juga sebagai antara cara untuk menabur fitnah dan sebagainya ke atas seseorang individu atau pemimpin , tetapi bak kata pepatah " kalau tiada angin masakan pokok bergoyang" .Kesimpulanya media baru ini hanya salah satu cara untuk berkomunikasi , hasilnya masih bergantung kepada peribadi individu atau pemimpin yang menggunakannya , jika seseorang diketahui umum sebagai perasuah namun dia masih mahu mengatakan dirinya penuh beritegriti guna media yang bagaimanapun belum tentu mampu membuat masyarakat menerima apa yang cuba disampaikannya.

Generasi tidak mengundi : u-wartawan

- muda atau tua pasti ada yang tidak mengundi , persoalannya mengapa ada kalangan yang tidak mengundi , kembali kepada asasnya mengapa antisipasi ke dalam proses demokrasi ini tidak menyentuh kalangan ini , pengundian semasa pilihanraya-semua faham ianya untuk memilih pemimpin yang akan wakili mereka , ke arah mana pilihannya bukan isunya ,

-pada pendapat saya kalangan yang tidak mengundi ini, mereka tidak merasakan proses demokrasi ini penting ,
mereka bukan tidak mencintai negara , bukan tidak sayang negara , jika ada orang luar yang melemparkan tohmahan ke atas Malaysia - walaupun tanpa mereka teliti tohmahan itu reaksi dari mereka pasti wujud - contohnya .

- bagaimana mereka mahu merasakan proses demokrasi itu penting jika pelakon utamanya sendiri mahu menonjolkan apa jua keputusan dari pengundian atau hasil pilihanraya itu , kerajaan tetap sama dari segi kualitinya ataupun sikapnya itu , jika sesuatu kerajaan ditohmah sebelum pilihanraya dengan pelbagai isu , kebetulannya kerajaan yang sama menang pilihanraya isu itu timbul lagi dalam pemerintahan seterusnya , kalangan ini tidak boleh dipersalahkan jika ini antara punca mereka mereka merasakan proses ini "pi mai pi mai tang tu".

- kerajaan yang memerintah juga perlu bertanggungjawab di dalam isu ini , pendidikan tentunya boleh menjadi alat paling berkesan untuk mendidik rakyat , seterusnya mampu memupuk semangat jatidiri kebangsaan yang kuat sehigga mampu menarik kalangan ini untuk terlibat secara langsung di dalam proses demokrasi ini.

- jika dilihat mengapa Obama berjaya menarik lebih ramai pengundi di dalam pemilihan Presiden Amerika yang lalu , Obama dilihat lebih rapat dengan kebanyakan rakyat Amerika - seterusnya mereka juga mempercayai aspirasi yang mahu Obama bawakan - Amerika boleh berubah.

- Saya percaya majoriti rakyat Amerika yang berkulit hitam tidak mengundi di dalam pemiihan presiden sebelum ini kerana pada mereka siapa juga presiden, nasib mereka sama sahaja , namun keputihan imej Obama , intelektualnya dan lain lain kualiti yang putih ditampilkan oleh Obama sebelum pemilihan Presiden mampu menarik kalangan yang tidak mengundi sebelum ini untuk mahu turut serta dalam mengangkat Obama sebagai Presiden .

- dari kisah Obama ini jelas jika calon pilihanraya itu sememangnya mampu memenuhi aspirasi pengundi , seterusnya pengundi boleh lihat undi mereka itu mampu menyumbang kearah kerajaan yang lebih baik sudah tentu kalangan yang tidak mengundi ini mungkinlah bukan semua tetapi majoritinya akan mengundi.

- seterusnya secara khusus di Malaysia , SPR juga seharusnya lebih telus mengemaskini datanya , nanti jangan dituduh penama ini tidak mengundi - tidak terlibat dalam proses demokrasi , walhal mereka ini sudah mati.. :)