Wednesday, July 16, 2008

Shabery vs. Anwar

Shabery,

Orang biasa seperti saya sangat berterima kasih kerana kerajaan menyiarkan debat sebegini kepada rakyat.

Namun apa yang mengecewakan, anda sebagai wakil kerajaan tidak fokus dengan isi debat ini, kami tahu anda memerlukan sesuatu sebagai pengenalan diri yang lebih kuat, maklumlah Perhimpunan Agong UMNO semakin hampir, mungkin anda berjaya di sudut itu , tetapi dari sudut perdebatan yang telus kepada rakyat anda gagal sebenarnya bila serangan peribadi anda mula tujukan kepada lawan anda , anda seharusnya berdebat menggunakan fakta terkini tidak perlu berdebat cara politik kekampungan yang sudah ketinggalan zaman dengan menggunakan kisah lama lawan anda .

Saya terfikir bagaimana jika Anwar meletakkan seseorang yang tidak pernah terlibat dengan kerajaan untuk mewakili beliau , Karpal Singh misalnya, apakah pengisian debat anda ? mungkin seluruh dari jangka waktu untuk debat itu anda akan hanya mengulangi tentang Venezuela, Iran berkali kali tanpa kesudahan atau anda sememangnya seorang pendebat yang sememangnya suka menyerang isu peribadi pihak lawan dan akan mencari isu peribadi Karpal Singh pula , itu pilihan anda bagaimana memperkenalkan diri kepada rakyat umum.

Namun jika berhasrat untuk berdebat untuk rakyat dan mewakili kerajaan di lain masa, untuk lebih dihormati , didengari pengisian debat itu , tidak perlu diselitkan isu peribadi lawan, apapun jawapan kerajaan tentunya boleh "menjadi logik" gunakan sahaja cendekiawan yang kerajaan ada, walaupun akhirnya rakyat sedar jawapan itu hanyalah untuk dijadikan jawapan sahaja , tetapi kerajaan boleh menunjukkan kepada rakyat kerajaan mendengar keluhan rakyat dan kerajaan menjawab keluhan rakyat,

Dari sudut untuk lebih dikenali di kalangan rakyat, untuk membuatkan ahli UMNO mula berkata anda antara calon yang boleh dipandang kerana berani berdebat dgn Anwar (walaupun anda lebih kepada membuka isu lama Anwar), anda berjaya menggunakan Anwar sebagai batu loncatan.

Saturday, July 5, 2008

Khairy Jamaluddin punya kemahiran Lebih Istimewa

Response dari KJ tentang isu Anwar sememangnya sudah di jangka ,
ada sesuatu yang menarik di artikel KJ kali ni,

part of respon KJ di rembau.net - Tuduhan Homoseks terhadap Dato' Seri Anwar

" Cuma satu perkara dalam hal ini menimbulkan tanda tanya bagi saya. Saya difahamkan Saiful tidak lagi melanjutkan pelajarannya di Uniten kerana prestasi akademiknya amat mengecewakan. Selepas keluar dari Uniten beliau mula bekerja dengan PKR sebagai seorang sukarelawan. Antara tugasnya adalah membuat kopi dan teh untuk pemimpin-pemimpin PKR. Tak sampai beberapa bulan, Saiful dinaik pangkat dengan begitu mendadak daripada "coffee boy" terus menjadi Pegawai Khas kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim. Apa rahsia beliau naik pangkat dengan begitu laju dalam dua tiga bulan? Sudah tentu bukan kelulusan akademiknya kerana terpaksa meninggalkan universiti akibat prestasi yang kurang baik. Mungkin beliau ada kemahiran lain yang istimewa? "

my reply at rembau.net yang memang tentu KJ takkan publish

- KJ lagi " special",

1998 - habis belajar

1999 - Special Officer - Pak Lah

2001 - kahwin dgn Nori

2003 - Deputy Principal Private Secretary - Pak Lah

2005 - ada RM9.2 Juta ( juta bukan ribu ) beli saham ECM Libra - KJ boleh tulis buku - " How to be Multi Millionaire within 6 years if u close to Prime Minister " - confirmed Book of The Year

2006 - langkah pertama nak bermula dgn Kementerian Belia & Sukan
mulakan MyTeam-TV3

2007 - merge dgn Perak UPB FC - UPB-MyTeam FC , September 2007 terus jadi Vice President - FAM , satu lagi buku KJ boleh tulis " How to be FAM Vice President within 2 Years " , bukan setakat Elyas Omar tak boleh buat , Shebby pun terkedu nak komen, Scolari pun pening taktik yang KJ pakai .

2008 - jadi calon PRU , berbekalkan calon lain yang muda- muda yang dicalonkan nak balance pencalonan KJ + dengan harapan akan sokong KJ
nanti, duo PM - Anak Menantu dimalukan , perancangan KJ nak masuk kabinet terencat.

Dalam masa 10 tahun KJ dah boleh ketuk pintu kabinet Parlimen
( kalau BN menang PRU mcm 2004 ) .

timbul juga tanda tanya kepada saya bagaimana KJ ( monyet seperti panggilan blogger lain ) boleh mencapai semua ini dalam masa 10 tahun , arghhh - macam mana ni saya masih belum ada jawapan , mengapa , bagaimana , seperti soalan KJ . Mungkin beliau ada kemahiran lain yang istimewa?

Saturday, June 28, 2008

ANWAR IBRAHIM LIWAT SAIFUL BUKHARI ?


Kenyataan media
Anwar berkenaan isu ini telah dikeluarkan, beliau jelas tidak terganggu dengan dakwaan ini , adakah wujud konspirasi seperti yang di gembur-gemburkan , masih menjadi tanda tanya .

Pak Lah apabila ditanya wartawan ,dengan jelas mengatakan kerajaan tidak terlibat dengan kes ini . Masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian , namun Anwar di dakwa meliwat Saiful Bukhari pada 26 Jun , umum mengetahui Anwar baru pulang dari umrah beberapa hari sebelum tarikh itu,
menurut PKR Saiful Bahri adalah Pembantu Khas DSAI telah ditahan dan dipaksa membuat pengakuan ini.

Saiful Bahri adalah bekas pelajar UNITEN - (
MOHD SAIFUL BUKHARI BIN AZLAN 850706-01-5687 ) tidak banyak yang boleh diketahui tentang Saiful namun ternyata teori konspirasi tidak boleh ditolak jika anda ke blog riwayathayat.

Kaitan Saiful dengan Khairil Annas - pembantu khas Najib , ternyata bagaikan menguatkan teori konspirasi ini, bukanlah suatu yang mengejutkan jika Khairy akan mempertahankan Anwar di dalam isu ini - jalan singkat menggapai impian jadi PM sebelum 40 tahun . Tunggu & lihat.
Saiful di sebelah kiri.

Tuesday, May 20, 2008

Tun Dr Mahathir keluar UMNO

Tun Dr Mahathir,

Lagenda pejuang Ulung ini membuat pengumuman yang mengejutkan ,
setelah berusaha keras di dalam UMNO untuk memastikan Pak Lah meletak jawatan kini beliau dengan tegas menyampaikan kepada umum apa yang beliau mahukan - Pak Lah , Family & Assoc. turun dari tampuk pemerintahan Malaysia.

Penjelasan beliau tentang tindakan ini mendapat respon yang rasanya tidak mungkin dapat digapai oleh mana-mana penulis blog bahasa Melayu lain, dalam masa 24 jam pengumuman ini telah mendapat 739 komen , komen yang rata- ratanya panjang lebar , pemimpin Ulung ini sememangnya terlalu besar di Malaysia .

Keikhlasan beliau di dalam menyuarakan pendapat beliau kali ini pastinya akan memberikan satu lagi hadiah yang cukup bermakna untuk rakyat Malaysia.Amin.

-LD-