Tuesday, May 20, 2008

Tun Dr Mahathir keluar UMNO

Tun Dr Mahathir,

Lagenda pejuang Ulung ini membuat pengumuman yang mengejutkan ,
setelah berusaha keras di dalam UMNO untuk memastikan Pak Lah meletak jawatan kini beliau dengan tegas menyampaikan kepada umum apa yang beliau mahukan - Pak Lah , Family & Assoc. turun dari tampuk pemerintahan Malaysia.

Penjelasan beliau tentang tindakan ini mendapat respon yang rasanya tidak mungkin dapat digapai oleh mana-mana penulis blog bahasa Melayu lain, dalam masa 24 jam pengumuman ini telah mendapat 739 komen , komen yang rata- ratanya panjang lebar , pemimpin Ulung ini sememangnya terlalu besar di Malaysia .

Keikhlasan beliau di dalam menyuarakan pendapat beliau kali ini pastinya akan memberikan satu lagi hadiah yang cukup bermakna untuk rakyat Malaysia.Amin.

-LD-

1 comment:

Perhati Jauh said...

Apabila saya melayari blog anda saya semacam keliru dengan pendirian anda.

Saya berasakan rakyat malaysia semacam dalam histeria selepas PRU12. Semua pemimpin mahukan kuasa, yang sudah ada kuasa mahu lebih kuasa dan yang tiada kuasa mahu cari kuasa. Siapa yang rugi ? adakah pemimpim ? kita yang bergelar rakyat yang dijadikan alat untuk mencapai impian dan cita-cita mereka.