Wednesday, July 16, 2008

Shabery vs. Anwar

Shabery,

Orang biasa seperti saya sangat berterima kasih kerana kerajaan menyiarkan debat sebegini kepada rakyat.

Namun apa yang mengecewakan, anda sebagai wakil kerajaan tidak fokus dengan isi debat ini, kami tahu anda memerlukan sesuatu sebagai pengenalan diri yang lebih kuat, maklumlah Perhimpunan Agong UMNO semakin hampir, mungkin anda berjaya di sudut itu , tetapi dari sudut perdebatan yang telus kepada rakyat anda gagal sebenarnya bila serangan peribadi anda mula tujukan kepada lawan anda , anda seharusnya berdebat menggunakan fakta terkini tidak perlu berdebat cara politik kekampungan yang sudah ketinggalan zaman dengan menggunakan kisah lama lawan anda .

Saya terfikir bagaimana jika Anwar meletakkan seseorang yang tidak pernah terlibat dengan kerajaan untuk mewakili beliau , Karpal Singh misalnya, apakah pengisian debat anda ? mungkin seluruh dari jangka waktu untuk debat itu anda akan hanya mengulangi tentang Venezuela, Iran berkali kali tanpa kesudahan atau anda sememangnya seorang pendebat yang sememangnya suka menyerang isu peribadi pihak lawan dan akan mencari isu peribadi Karpal Singh pula , itu pilihan anda bagaimana memperkenalkan diri kepada rakyat umum.

Namun jika berhasrat untuk berdebat untuk rakyat dan mewakili kerajaan di lain masa, untuk lebih dihormati , didengari pengisian debat itu , tidak perlu diselitkan isu peribadi lawan, apapun jawapan kerajaan tentunya boleh "menjadi logik" gunakan sahaja cendekiawan yang kerajaan ada, walaupun akhirnya rakyat sedar jawapan itu hanyalah untuk dijadikan jawapan sahaja , tetapi kerajaan boleh menunjukkan kepada rakyat kerajaan mendengar keluhan rakyat dan kerajaan menjawab keluhan rakyat,

Dari sudut untuk lebih dikenali di kalangan rakyat, untuk membuatkan ahli UMNO mula berkata anda antara calon yang boleh dipandang kerana berani berdebat dgn Anwar (walaupun anda lebih kepada membuka isu lama Anwar), anda berjaya menggunakan Anwar sebagai batu loncatan.

No comments: