Monday, April 6, 2009

BERKOMUNIKASI BERSAMA PEMIMPIN - u-wartawan

Pemimpin atau yang mahu menjadi pemimpin hari ini bagaikan menggunakan letusan teknologi komunikasi hari ini antara penyebab naik turun karier politik mereka, jika dinilai secara adil ada orang muda atau kalangan yang tidak muda dari kalangan ini yang juga menggunakan Facebook, blog dan apa saja yang boleh disenaraikan , namun hanya Tun Dr Mahathir sahaja pemimpin di Malaysia yang setakat ini berjaya menggunakan teknologi ini ( di dalam kekangan terhadap beliau ) dan seterusnya idea atau suara beliau ternyata sampai kepada sasarannya. Ada pemimpin lain pula hanya berkomunikasi mengikut keadaan , semakin menghampiri Perhimpunan Agung UMNO contohnya , ledakan blog dari calon meletus dengan tiba-tiba , kita tunggu sahaja selepas pemilihan ini
berakhir mungkin blog ini semuanya juga akan senyap.

Saya tidak bersetuju jika media baru ini dikatakan mampu menyelesaikan masalah komunikasi atau birokrasi antara rakyat dengan pemimpin , ada pemimpin jika boleh disebut pemimpin ada Facebook atau blog , benar mereka mengutarakan pendapat atau idea mereka tetapi pada masa yang sama
mereka tidak bersedia dikritik , mereka tidak bersedia mendengar, mereka tidak mengalu-alukan komen yang dirasakan menjatuhkan mereka walaupun komen itu ada benarnya , hasilnya komunikasi itu masih juga sehala , komentar yang manis diterima hingga yang ke blog itu boleh membuat kesimpulan komentar yang disiarkan mungkin dari pekerja atau pemilik blog itu sendiri , blog seperti ini mudah ditemui anda boleh ke rembau.net untuk melihat situasi seperti ini , contohnya.

Apapun teknologi ini hanyalah alat yang boleh digunakan hasilnya masih bergantung kepada penggunanya itu sendiri , ada pemimpin yang tidak perlu menggunakan teknologi ini , Nik Aziz contohnya tiada Facebook atau blog beliau pemimpin yang bukan muda tetapi dek kerana peribadi diri beliau sendiri dan contoh kepimpinan yang beliau tampilkan masih mendapat rasa hormat yang begitu tinggi dari ramai golongan muda yang dikatakan mendominasi teknologi media baru ini.

Jikapun teknologi ini dikatakan juga sebagai antara cara untuk menabur fitnah dan sebagainya ke atas seseorang individu atau pemimpin , tetapi bak kata pepatah " kalau tiada angin masakan pokok bergoyang" .Kesimpulanya media baru ini hanya salah satu cara untuk berkomunikasi , hasilnya masih bergantung kepada peribadi individu atau pemimpin yang menggunakannya , jika seseorang diketahui umum sebagai perasuah namun dia masih mahu mengatakan dirinya penuh beritegriti guna media yang bagaimanapun belum tentu mampu membuat masyarakat menerima apa yang cuba disampaikannya.

No comments: