Monday, April 6, 2009

MENGUASAI BAHASAI INGGERIS MELALUI PPSMI - U wartawan

Sememangnya Tun Dr. Mahathir banyak berjasa kepada rakyat Malaysia ,
tetapi untuk PPSMI saya tidak bersetuju dengan idea Tun,
di saat kita mahu bergerak bersama bangsa lainnya yang bangga
dengan identiti bangsa mereka, "Bahasa Jiwa Bangsa" apa kita
dengan mudah mengatakan hanya kerna kajian yang banyak di dalam
English kita dengan mudahnya menidakkan keupayaan Bahasa Malaysia?
jatidiri rakyat Malaysia pertamanya terhakis dengan pelaksanaan PPSMI ini,
kita punya berjuta duit untuk membeli kapal selam , apalah kiranya jika Malaysia
memiliki sebuah organisasi yang ditubuh khusus untuk menterjemah
semua hasil tulisan yang bersangkut paut dengan teknologi ini.

Saya dari kalangan yang belajar 100% menggunakan Bahasa Malaysia kecuali English,
tetapi akhirnya jika penguasaan ilmu itu sudah kuat , bahasa itu cuma peralihan sementara sahaja ,kerajaan juga tidak mampu menafikan kita masih menghasilkan professional yang memerlukan Sains & Matematik walaupun tanpa pelaksanaan PPSMI. Harus di ingat apakah negara yang menggunakan English adalah yang terbaik di dalam pelbagai teknologi hari ini, kita menggunakan teknologi Russia untuk menghantar anak Malaysia ke bulan, namun negara China menggunakan 100% bahasa Cina untuk menghantar warganya ke bulan, kita sudah seharusnya jangan ambil jalan mudah dalam semua hal.

Menolak PPSMI bukan memperkecilkan mereka yang tidak menguasai English ,
ianya adalah lebih kepada memberi peluang samarata kepada semua pelajar untuk
belajar , jika seseorang itu sudah sememangnya pintar boleh menguasai ilmu itu dengan baik bahasa yang mahu digunakan selepas mereka menguasai ilmu itu hanyalah proses peralihan bahasa sahaja tidak kiralah English ,Perancis ataupun bahasa Cina sekalipun , pemahaman ilmu itu lebih mudah jika Bahasa Malaysia digunakan , mengapa kita mahu memperlahankan suatu proses pembelajaran untuk mereka yang tidak menguasai English sedangkan kita memberikan jangkamasa yang sama untuk
semua pelajar untuk belajar subjek tersebut.

1 comment:

awang kata said...

Orang gila tidak mengaku dirinya gila. Pengkhianat tidak mengaku dirinya pengkhianat. Biasanya.

Pengkhianatan bahasa Melayu dalam PPSMI begitu juga. Masih boleh mereka mengatakan tidak meminggirkan bahasa Melayu dalam PPSMI. Jelas tongong.

Bukankah dengan PPSMI bahasa Melayu telah ditendang keluar. Walau pun hanya sains dan matematik.