Monday, April 6, 2009

dinamisme mahasiswa : U - Wartawan

Hari ini mahasiswa hanya boleh dikatakan penting dan memberi sumbangan sebagai ejen perubahan negara selagi mereka tidak terlibat dengan tempias parti pembangkang , Malaysia sudah tidak mampu melahirkan kelompok mahasiswa yang benar benar memberi impak kepada perubahan negara , mana mungkin dengan situasi cengkaman yang begitu kuat di IPTA mahasiswa hari ini mampu mengulangi kesan seperti yang pernah dilakukan seperti isu Baling dahulu contohnya.

kerajaan baru pimpinan Datuk Seri Najib seharusnya lebih terbuka dengan mahasiswa ,apa guna meletakkan blok batu keras sebagai halangan sedangkan penghuninya itu sendiri sebenarnya dari sudut kebijakannya itu sudah boleh menilai mahu bersama tuan rumah atau jirannya , tetapi jika batu keras itu tiada mungkin 80% dari 100% dari yang mahu ke rumah jiran selesa dengan situasi tuan rumah yang tidak menekan, memberi layanan yang sempurna dan seterusnya mahu terus bersama tuan rumah.

potensi mahasiswa sebagai ejen perubahan negara seharusnya dikembangkan , aktiviti gotong royong dengan masyarakat & program anak angkat contohnya , yang bukan mahasiswa pun boleh sertai hasilnya sama sahaja .Penglibatan bakal pemimpin ini seharusnya diketengahkan di dalam membincang permasalahan isu semasa , diskusi yang melibatkan pimpinan kerajaan contohnya , idea dari kalangan ini tentu segar dan tanpa ada sebarang kepentingan :) .

Kalangan Mahasiswa ini juga seterusnya dibiarkan meluahkan pendapat mereka tanpa ada sebarang bayangan gelap tatkala mereka bersuara , sebagai seorang mahasiswa mereka juga tentunya akan memberi cetusan pendapat dengan penuh tanggungjawab .

"Intelligence plus character - that is the goal of true education " Dr. Martin Luther King, Jr.

No comments: